Pengguna
  • 6.1
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
24.02005-12-09
Muat turun bulan lepas:
4,370,446
Saiz:
897.15 MB
Pembangun:

Perkakas berkuasa untuk mengurus dan menggunakan data SPSS anda

Nota Penting: SPSS tidak berfungsi dengan Windows XP Home Edition. Ia memerlukan Windows XP Professional, Windows 7 Enterprise, Windows 7 Professional, Windows Vista Business atau Windows Vista Enterprise.

IBM SPSS Statistics merupakan alat utama untuk menguruskan statistik data dan kajian anda.

Aplikasi super ini menawarkan anda kawalan penuh terhadap data. Ia membolehkan anda membuat graf dan ilustrasi rumit dari statistik dan ditujukan khusus kepada profesional yang ingin menyelesaikan masalah perniagaan dan kajian. Sebagai kemudahan, SPSS menonjolkan fungsi analitikal yang luas yang membuang kepayahan menyusun-kumpul data.

SPSS menawarkan opsyen analisis terperinci untuk melihat jauh ke dalam data dan menyorot trend yang anda mungkin terlepas pandang. Anda boleh uji beratus-ratus pemboleh ubah berlainan pada data anda dan lihat bagaimana angka atau prestasi boleh berubah di bawah keadaan berlainan, malah aplikasi ini mengandungi beberapa ciri canggih yang membolehkan anda memaksimumkan hasil dari data anda.

Pelbagai ciri

Antara ciri-ciri ini ialah opsyen perkongsian yang cemerlang, model automatik, kebolehan mengoperasikan IBM SPSS Statistics Base versi pelayan dan modul-modul pada pelayan kerangka utama IBM, integrasi dengan Microsoft Office dan banyak lagi. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas terhadap fungsi dan ciri, lihat di sini.

Nyata sekali, kuasa sebegini datang bersama harga sepadan. Muat turun SPSS agak besar, dan sejurus anda memasang program ini, anda akan terasa kelok pembelajarannya sangat curam. Anda boleh berhujah bahawa SPSS sebenarnya versi agung Excel, tapi dengan jauh lebih banyak opsyen dan kuasa di belakangnya, ia umpama haiwan ganas yang menakjubkan. Hasilnya, pengguna tempatan mungkin gerun dan lebih baik bermula dengan aplikasi pengurusan data yang lebih ringkas.

Jika anda serius tentang statistik, maka SPSS adalah yang terbaik.

Bagus
  • Beratus pilihan grafik
  • Ciri analisis berkuasa
  • Integrasi dengan Microsoft Office
  • Opsyen pelbagai bahasa
  • Opsyen perkongsian hebat
Tidak bagus
  • Mengambil masa untuk dimahiri
  • Ditujukan khusus buat pengguna professional
  • Laman web yang sangat rumit

Muat turun: Paling Banyak Windows

  1. SPSS

    Perkakas berkuasa untuk mengurus dan menggunakan data SPSS anda

  2. Microsoft Office 2010
  3. Microsoft PowerPoint
  4. Microsoft Word
  5. Microsoft Project